Strata Community FAQ Covers Several Categories. Soalan Lazim Komuniti Strata merangkumi beberapa kategori. FAQ Strata Community ini termasuk Mesyuarat Agung, Jawatankuasa Pengurusan, Akaun Penyenggaran, Tunggakan, Teknikal, Perundangan, Pengurusan, Proksi, Sub-MC dan lain-lain.

strata community agm FAQ

Mesyuarat Agung (AGM) Strata Community

Soalan: Notis AGM perlu dihantar dalam tempoh 14 hari, boleh atau tidak sekiranya JMC/MC menghantar notis pada hari terakhir sebelum 14 hari menyebabkan pemilik menerima notis?

Jawapan: Boleh dengan pembuktian pos berdaftar atau serahan tangan.

strata community mc FAQ

Jawantankuasa Pengurusan (MC) Management Corporation

Soalan: Can a MC chairman be elected as one if he doesn’t stay in his property? Can a foreign property investor be part of MC?

Jawapan: Boleh kerana peruntukan Akta 757 hanya mensyaratkan pemilik petak layak menjadi anggota jawatankuasa.

strata community maintenance fund account FAQ.

Akaun Penyenggaran (Maintenance Fund Account)

Soalan: Apakah yang membezakan penggunaan Akaun Penyenggaraan dan Akaun Kumpulan Wang Penjelas (sinking fund)?

Jawapan: Akaun penyenggaraan untuk kerja-kerja rutin penyenggaraan dan pengurusan. Sinking fund bagi kerja-kerja yang melibatkan modal berskala besar seperti pengecatan bangunan, tangki air dan lain-lain.

strata community tunggakan or outstanding FAQ.

Tunggakan

Soalan: Bolehkan pihak pengurusan memaparkan notis nama dan jumlah penghutang di papan kenyataan?

Jawapan: Boleh, di papan kenyataan utama.

strata community technical FAQ

Teknikal

Soalan: Adakah pihak pengurusan boleh mengarahkan pemilik petak merobohkan petak kereta berbumbung yang dibina secara haram?

Jawapan: Boleh selagi ianya berada di dalam kawasan harta bersama.

strata community legislation or perundangan FAQ

Perundangan

Soalan: Perlukah building manager yang tidak berdaftar bawah BOVEA meletakkan bond RM50 ribu? Jika Ya, kenapa?

Jawapan: Ejen tidak berdaftar dengan BOVEA perlu meletakkan Bon kerana ianya termaktub dalam Akta 757.

strata community management or pengrusan FAQ

Pengurusan

Soalan: JMB mahu menyewakan parkir pelawat kepada pemilik petak. Adakah perkara ini perlu dibawa ke dalam mesyuarat agung untuk diluluskan atau boleh sekadar makluman melalui notis?

Jawapan: Parkir pelawat tidak boleh disewakan melainkan pemaju mempunyai lebihan parkir tersebut. JMB perlu mendapatkan kelulusan pemilik di dalam AGM/EGM untuk menyewakan petak parkir tersebut.

strata community proxy FAQ

Proksi

Soalan: Bolehkah seorang penyewa unit pangsapuri yang menjadi proksi kepada pemilik unit hadir ke mesyuarat dan dipilih sebagai AJK?

Jawapan: Boleh hadir dan mengundi, tetapi tidak boleh dipilih menjadi anggota jawatankuasa pengurusan.

strata community sub-mc FAQ

Sub-MC

Soalan: Adakah Sub-MC merupakan pilihan terbaik untuk menguruskan pembangunan bercampur? Adakah terdapat cara yang lebih baik, kerana untuk mendapatkan keputusan daripada pemilik adalah sukar?

Jawapan: Sekiranya sesuatu skim memilih Sub-MC, ianya memudahkan pihak pengurusan untuk mengawal kawasan harta bersama eksklusif yang hanya boleh dinikmati oleh sesetengah pemilik. Selain daripada penubuhan sub-MC, pihak MC boleh mengenakan caj penyenggaraan berdasarkan unit syer bagi kawasan pemajuan pembangunan mengikut kegunaan bangunan masing-masing.

strata community other issues FAQ

Lain-lain

Soalan: Jalan di hadapan Condo kami banyak yang berlubang. Siapakah yang bertanggungjawab untuk membaiki jalan tersebut? Terdapat juga bangunan lain dan gerai makanan (food court) berdekatan?

Jawapan: Pihak JMB bertanggungjawab untuk penyenggaraan jalan di dalam kawasan JMB sahaja. Sekiranya jalan tersebut diluar kawasan, pihak JMB boleh mengadu kepada pihak PBT untuk aduan membaiki jalan tersebut.

We hope you will find this FAQ helpful for your strata community.
For more information, you may browse thru the relevant authorities website.

Kami berharap artikel soalan lazim ini dapat membantu komuniti strata anda. Untuk maklumant lanjut, anda boleh melayari halaman sesawang jabatan yang berkenaan seperti Sektor Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur (COBKL), Jabatan Penilaian dab Pengurusan Harta (JPPH), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sebagainya.

Disclaimer information Oneasia