Soalan lazim mengenai isu Akaun Penyenggaraan komuniti strata.
Soalan lazim mengenai akaun penyenggaraan. Kami berharap artikel soalan lazim ini dapat membantu komuniti strata anda.
We hope you will find this FAQ about Maintenance Fund Account helpful for your strata community.
Sekiranya pemaju telah mengadakan AGM pertama, namun pemilik enggan menerima bajet dan laporan penyata beraudit, apakah yang perlu dilaksanakan oleh pemaju?
Pemilik perlu mohon adakan EGM untuk pengauditan semula.
Bolehkah kadar Caj berbeza dikenakan kepada unit komersial dan kediaman semasa AGM?
Boleh selagi tidak bercanggah dengan peruntukan Akta 757.
Adakah pendapatan lain (extra or other income) dikenakan cukai?
Di luar bidang kuasa pihak COB.
Bolehkah agen pengurusan menunda kerja-kerja pengauditan akaun sekiranya MC mempunyai tunggakan hutang yang banyak?
Tidak boleh. Laporan audit hendaklah dikeluarkan mengikut tahun berakhirnya akaun laporan beraudit.
Apakah yang membezakan penggunaan Akaun Penyenggaraan dan Akaun Kumpulan Wang Penjelas (sinking fund)?
Akaun penyenggaraan adalah untuk kerja-kerja rutin penyenggaraan dan pengurusan. Akaun Kumpulan Wang Penjelas atau Sinking Fund adalah bagi kerja-kerja yang melibatkan modal berskala besar seperti pengecatan bangunan, tangki air dan lain-lain.
Terdapat kekeliruan terhadap Akaun Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund). Apakah tujuan akaun ini di wujudkan? Bila akaun ini boleh digunakan?
Akaun Sinking Fund diwujudkan bagi kegunaan kerja-kerja yang melibatkan modal besar seperti pengecatan bangunan, tangki air dll. Sebaiknya boleh digunakan selepas mendapat kelulusan majoriti pemilik petak dalam mesyuarat agung.
Adakah “Sinking Fund” ditetapkan 10% daripada caj penyenggaraan?
Sinking Fund adalah sekurang-kurangnya 10% daripada caj penyenggaraan.
Bolehkah caj penyenggaraan disemak semula?
Caj penyenggaraan boleh disemak semula mengikut anggaran perbelanjaan semasa namun perlu mendapat kelulusan AGM atau EGM.
Sekiranya pemaju telah memindahkan liabiliti kepada JMB/MC, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memindahkan semula liabilti kepada pemaju?
Liabiliti sebelum penubuhan JMB hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju. Namun sekiranya telah berlaku pemindahan liabiliti berkenaan, perkara ini boleh dirujuk kepada Tribunal Pengurusan Strata.
Sekiranya JMB ditubuhkan pada 1 Jun 2023, ini bermaksud pihak JMB perlu mengutip caj selepas 1 Jun 2023 dan pihak pemaju masih bertanggungjawab mengutip tunggakan caj sebelum 1 Jun 2023. Adakah pemaju perlu serahkan jumlah kutipan tunggakan caj tersebut kepada JMB?
Ya. Pemaju perlu serahkan kepada JMB.
We hope you will find this FAQ for Maintenance Fund Account helpful for your strata community. For more information, you may browse thru the relevant authorities website.
Kami berharap artikel soalan lazim mengenai akaun penyenggaraan ini dapat membantu komuniti strata anda. Untuk maklumant lanjut, anda boleh melayari halaman sesawang jabatan yang berkenaan.