Soalan Lazim Mengenai Jawatankuasa Pengurusan

Soalan lazim Jawatankuasa Pengurusan atau Managenent Cororporation (MC). Kami berharap artikel soalan lazim ini dapat membantu komuniti strata anda.

We hope you will find this FAQ about MC helpful for your strata community.

strata community mc FAQ

Bolehkah ahli jawatankuasa persatuan penduduk ditukar menjadi ahli jawatankuasa pengurusan?

Tidak boleh kerana perbezaan fungsi dan perundangan.

Bolehkah ahli jawatankuasa MC dibayar elaun untuk menghadiri mesyuarat atau seminar atau urusan rasmi untuk Management Corporation?

Boleh jika diputuskan dalam AGM dengan kelulusan COB.

Terdapat AJK JMB yang telah meletakkan jawatan dan dimaklumkan di dalam mesyuarat tetapi tidak dimaklumkan kepada pihak COBKL. Adakah perletakan jawatan itu sah?

Sah, kerana pengosongan jawatan tidak perlu dimaklumkan kepada pihak COB.

Perlantikan AJK. Syaratnya adalah pemilik berdaftar dan tiada tunggakan. Jika keadaan di mana ahli mesyuarat dihadiri oleh orang yang berhutang, bolehkah di syaratkan perlantikan diteruskan dengan syarat dia perlu selesaikan hutang dalam tempoh yang putuskan dalam mesyuarat? Contoh: 2 bulan untuk selesaikan hutang bagi melayakkan menyandang jawatan.

Tidak boleh. Orang yang berhutang tidak dibenarkan hadir mengundi dan dipilih menjadi anggota jawatankuasa pengurusan.

Can a MC chairman be elected as one if he doesn’t stay in his property? Can a foreign property investor be part of MC? Bolehkah pemilik petak dilantik sebagai pengerusi walaupun beliau tidak tinggal di unit tersebut?

Boleh kerana peruntukan Akta 757 hanya mensyaratkan pemilik petak layak menjadi anggota jawatankuasa.

Bolehkah pemilik yang telah menjual petak beliau masih menjadi AJK dan menandatangani cek?

Tidak boleh. AJK hendaklah dipilih dari kalangan pemilik yang mempunyai hakmilik strata atau perjanjian jualbeli.

Seseorang ahli jawatankuasa boleh memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun. Adakah perkara tersebut berkuatkuasa dari tarikh Akta 757 diwartakan iaitu pada 1 Jun 2015 atau dikira dari tarikh pelantikan sebelum itu?

Tempoh memegang jawatan dikira dari tarikh berkuatkuasa Akta 757 pada 1 Jun 2015.

Sekiranya pelantikan baru jawatankuasa tidak sah atau kelayakan terbatal, apakah status jawatankuasa yang lain?

Pengosongan jawatan yg berlaku akibat kehilangan kelayakan tidak memberi kesan kepada ahli jawatan kuasa yang layak.

Segelintir pemilik terpaksa memegang jawatan Ahli Jawatankuasa melebihi tempoh 5 tahun. Masalah yang dihadapi ialah tiada orang yang berwibawa atau berkelayakan untuk memegang jawatan Ahli Jawatankuasa tersebut. Walaupun Akta 757 menetapkan seseorang ahli jawatankuasa hanya boleh memegang jawatan tersebut tidak melebihi 3 tahun. Apalah tindakan yang boleh diambil bagi menyelesaikan permasalahan ini?

Pihak COB boleh membantu untuk memberikan kesedaran kepada pemilik petak mengenai kepentingan menganggotai jawatankuasa pengurusan melalui sesi taklimat dan perbincangan bersama pemilik petak.

Bolehkah ahli jawatankuasa yang bekerja dalam pentadbiran JMB mendapat gaji bulanan?

Sebagai ahli jawatankuasa anda tidak dibayar gaji. Walau bagaimanapun, elaun boleh dipertimbangkan dengan syarat mengemukakan permohonan kepada pihak COB untuk kelulusan muktamad.

We hope you will find this FAQ for Management Cororporation helpful for your strata community. For more information, you may browse thru the relevant authorities website.

Kami berharap artikel soalan lazim mengenai jawantankuasa pengurusan ini dapat membantu komuniti strata anda. Untuk maklumant lanjut, anda boleh melayari halaman sesawang jabatan yang berkenaan.

Disclaimer information Oneasia