FAQ mengenai Isu Perundangan.

Soalan Lazim mengenai isu perundangan komuniti strata. Kami berharap artikel soalan lazim ini dapat membantu komuniti strata anda.

We hope you will find this FAQ about legislation issues helpful for your strata community.

strata community legislation FAQ Perundangan.

Boleh atau tidak pemilik petak membuat keputusan dalam mesyuarat AGM yang mana keputusan tersebut melangkaui peruntukan akta?

Tidak boleh jika keputusan tersebut melanggar peruntukan Akta. Sekiranya tidak diperjelaskan di dalam Akta, perlu mendapat pandangan COB dan KPKT.

Bagaimana sekiranya hartanah yang dibeli tidak mempunyai JMB/MC, adakah wajib pemilik hartanah mewujudkannya?

Ya, wajib untuk mewujudkannya.

Bolehkah pihak MC menyaman pemilik yang melakukan vandalisme?

Ya, jika terdapat dalam perundangan iaitu Undang-undang Kecil yang telah diluluskan dalam AGM atau EGM. Pihak MC perlu mengemukakan bukti tentang kesalahan dan tindakan yang boleh diambil seperti dalam Undang-undang Kecil.

Bolehkah pemilik unit menjadikan unitnya menjadikan sebagai “Homestay”? Apakah syarat-syarat sekiranya boleh?

Boleh dengan syarat telah mendapat kelulusan majoriti pemilik di dalam mesyuarat agung dan telah dimasukkan ke dalam Undang-undang Kecil di kawasan pemajuan tersebut.

JMB telah mengeluarkan tiga (3) notis kepada pemilik yang memelihara ayam yang mengganggu kententeraman awam, namun tiada tindakan dari pemilik tersebut. Apakah tindakan yang boleh diambil?

JMB hendaklah mengambil tindakan mengikut peruntukan Akta 757 dan Undang-undang Kecil seperti yang telah dipersetujui pemilik dalam AGM dan EGM.

Adakah menjadi kewajipan untuk pemaju menyediakan jalan masuk dan pejabat pengurusan bagi sesebuah pemajuan?

Ya, pemaju bertanggungjawab menyediakan semua kemudahan untuk kegunaan bersama pemilik bangunan sebagaimana yang telah disyaratkan di dalam kebenaran merancang.

Bolehkah pihak JMB memohon untuk mengecualikan pendaftaran JMB?

Hanya Menteri yang mempunyai kuasa untuk memberi pengecualian di mana permohonan perlu dibuat secara bertulis kepada Menteri terlibat. Sila rujuk Akta 757 Seksyen 151.

Adakah binatang peliharaan dibenarkan di bangunan berstrata? Sekiranya berlaku pencemaran, apakah tindakan yang boleh diambil?

Boleh jika jenis-jenis haiwan peliharaan tersebut dibenarkan di dalam Undang-undang Kecil yang telah diluluskan. Sekiranya berlaku pencemaran, pihak JMB atau MC perlu mengambil tindakan berdasarkan syarat-syarat di dalam Undang-undang kecil di kawasan pemajuan tersebut.

Jika kawasan pemajuan yang memiliki 3 blok (1 strata title) tidak mencapai persetujuan untuk membentuk MC, bolehkah untuk tubuh Sub-MC bagi setiap blok terbabit?

Tidak boleh kerana prasyarat penubuhan sub-MC adalah penubuhan MC itu sendiri.

JMB mahu menyewakan parkir pelawat kepada pemilik petak. Adakah perkara ini perlu dibawa ke dalam mesyuarat agung untuk diluluskan atau boleh sekadar makluman melalui notis?

Parkir pelawat tidak boleh disewakan melainkan pemaju mempunyai lebihan parkir tersebut. JMB perlu mendapatkan kelulusan pemilik di dalam AGM atau EGM untuk menyewakan petak parkir tersebut.

Perlukah ‘building manager’ atau agen pengurusan yang tidak berdaftar meletakkan bon RM50,000?

Ejen tidak berdaftar dengan BOVEAP perlu meletakkan bon kerana ianya termaktub dalam Akta. Regulation 21 of Strata Management (Maintenance and Management) Regulations 2015 [SMR 2015].

Bolehkah pihak MC meminta semua pemillik petak untuk membiayai projek menambah baik CCTV, boom gate, alarm dan sebagainya?

Boleh sekiranya mendapat persetujuan majoriti pemilik petak melalui mesyuarat AGM atau EGM.

Bolehkah pihak pengurusan mengambil tindakan terhadap pemilik yang menjadikan
petak mereka sebagai asrama yang didiami lebih 15 orang?

Pihak MC boleh membuat penambahbaikan terhadap Undang-undang Kecil untuk mengawal bilangan penghuni dalam sesuatu unit atau petak dan boleh mengenakan denda. Perlu mendapat persetujuan majoriti pemilik melalui mesyuarat AGM atau EGM. Sekiranya tidak berkesan, pihak MC atau JMB boleh membuat aduan kepada kerajaan tempatan di kawasan mereka untuk tindakan selanjutnya.

We hope you will find this FAQ about legislation issues helpful for your strata community. For more information, you may browse thru the relevant authorities website.

Kami berharap artikel soalan lazim mengenai isu perundangan ini dapat membantu komuniti strata anda. Untuk maklumant lanjut, anda boleh melayari halaman sesawang jabatan yang berkenaan.

Disclaimer information Oneasia