Soalan Lazim Mesyuarat Agung AGM Komuniti Strata.
Kami berharap artikel soalan lazim mengenai mesyuarat agung (AGM) ini dapat membantu komuniti strata anda.
We hope you will find this FAQ helpful for your strata community.
Adakah ‘defaulter’ boleh menghadiri mesyuarat agung?
Boleh tetapi tidak boleh mengundi.
Notis AGM perlu dihantar dalam tempoh 14 hari, boleh atau tidak sekiranya JMC/MC menghantar notis pada hari terakhir sebelum 14 hari menyebabkan pemilik menerima notis?
Boleh dengan pembuktian pos berdaftar atau serahan tangan.
Semasa mesyuarat agung pertama, bolehkan pengundian dibuat menggunakan pengundian bertulis sekiranya terdapat permintaan daripada pemilik untuk berbuat demikian?
Boleh.
Setelah pihak pemaju menyerahkan projek bagi fasa 2, adakah pemilik di fasa 1 perlu adakan AGM atau AGM boleh diadakan seperti biasa pada tahun akan datang?
AGM tidak perlu dibuat sekiranya Fasa 1 dan Fasa 2, dalam 1 lot. AGM boleh diadakan seperti biasa dengan melibatkan pemilik Fasa 1 dan Fasa 2.
Adakah Sub-MC boleh hadir ke mesyuarat agung?
Boleh hadir.
Kegagalan pengurusan sebuah apartment di satu tempat tidak mengadakan mesyuarat agung selama hampir 5 tahun.
Semakan dan siasatan akan dibuat dan pihak COB akan mengarahkan pihak JMB/MC berkenaan untuk mengadakan mesyuarat agung dalam masa yang terdekat.
Adakah mesyuarat agung yang diadakan setiap tahun perlu mengikut tarikh penubuhan JMB/MC atau tarikh AGM yang telah diadakan pada tahun sebelumnya?
Perlu mengikut tarikh AGM.
MC telah ditubuhkan oleh pemaju, tetapi setiap kali mesyuarat agung diadakan, penduduk boikot/protes dan tiada ahli petak yang mahu menjadi Ahli Majlis (Committee Member) sehingga sekarang.
Pihak pengurusan kini diuruskan oleh syarikat/pemaju. Bagaimana menyelesaikan masalah seperti ini?
Aduan perlu dibuat kepada COB dalam tempoh 7 hari selepas mesyuarat agung. COB boleh memutuskan untuk penetapan tarikh baru EGM atau pelantikan Ejen.
Pada jumlah undi yang dimiliki oleh pemilik yang memiliki lebih dari satu petak, adakah keseluruhan petak dikira satu undi atau mengikut jumlah petak?
Sekiranya pengundian dibuat secara angkat tangan, satu petak mewakili satu undi. Sekiranya pengundian dibuat secara bertulis (by poll), bilangan undi dikira bersamaan bilangan unit syer suatu petak.
We hope you will find this FAQ helpful for your strata community. For more information, you may browse thru the relevant authorities website.
Kami berharap artikel soalan lazim ini dapat membantu. Untuk maklumant lanjut, anda boleh melayari halaman sesawang jabatan yang berkenaan.