Soalan lazim mengenai isu proksi, sub-MC dan lain-lain komuniti strata.

Soalan Lazim mengenai proksi, sub-MC dan lain-lain isu komuniti strata. Kami berharap artikel soalan lazim ini dapat membantu komuniti strata anda.

We hope you will find this FAQ about proxy, sub-MC and other issues helpful for your strata community.

strata community proxy FAQ

Soalan Lazim Proksi

Bolehkah seorang penyewa unit pangsapuri yang menjadi proksi kepada pemilik unit hadir ke mesyuarat dan dipilih sebagai AJK?

Boleh hadir dan mengundi, tetapi tidak boleh dipilih menjadi ahli jawatankuasa pengurusan.

Bolehkah seorang pemilik petak menjadi proksi kepada pemilik petak yang lain, hadir ke mesyuarat AGM dan mengundi?

Boleh hadir dan mengundi sebagai proksi dan juga sebagai pemilik petak sendiri.

strata community sub-mc FAQ

Soalan Lazim Sub-MC

Adakah sub-MC merupakan pilihan terbaik untuk menguruskan pembangunan bercampur?

Sekiranya sesuatu skim strata memilih Sub-MC, ianya memudahkan pihak pengurusan untuk mengawal kawasan harta bersama eksklusif yang hanya boleh dinikmati oleh sesetengah pemilik. Selain daripada penubuhan sub-MC, pihak MC boleh mengenakan caj penyenggaraan berdasarkan unit syer bagi kawasan pemajuan pembangunan mengikut kegunaan bangunan masing-masing.

Bolehkah pemilik yang berhutang menjadi ahli jawatankuasa sub-MC?

Orang yang berhutang tidak dibenarkan hadir mengundi dan dipilih menjadi anggota jawatankuasa pengurusan.

strata community other issues FAQ

Lain-lain Soalan Lazim

Jalan di hadapan Condo kami banyak yang berlubang. Siapakah yang bertanggungjawab untuk membaiki jalan tersebut? Terdapat juga bangunan lain dan gerai makanan (food court) berdekatan?

Pihak JMB bertanggungjawab untuk penyenggaraan jalan di dalam kawasan JMB sahaja. Sekiranya jalan tersebut diluar kawasan, pihak JMB boleh mengadu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk aduan membaiki jalan tersebut.

Aktiviti fogging diuruskan oleh pihak JMB/MC atau Pihak Berkuasa Tempatan?

Kawalan makhluk perosak atau serangga dalam kawasan JMB/MC adalah tanggungjawab JMB/MC.

We hope you will find this FAQ about about proxy, sub-MC and other issues helpful for your strata community. For more information, you may browse thru the relevant authorities website.

Kami berharap artikel soalan lazim mengenai proksi, sub-MC dan lain-lain isu ini dapat membantu komuniti strata anda. Untuk maklumant lanjut, anda boleh melayari halaman sesawang jabatan yang berkenaan.

Disclaimer information Oneasia