FAQ mengenai isu tunggakan wang penyenggaraan dan pelbagai caj.
Soalan lazim mengenai tunggakan wang penyenggaraan. Kami berharap artikel soalan lazim ini dapat membantu komuniti strata anda.
We hope you will find this FAQ about outstanding fees helpful for your strata community.
Bolehkan pihak pengurusan memaparkan notis nama dan jumlah penghutang di papan kenyataan?
Boleh, di papan kenyataan utama.
Sekiranya pihak JMB/MC telah nyahaktifkan (deactivate) akses kad pemilik yang tidak membayar caj penyenggaraan sedangkan kemudahan-kemudan di lobi perlu menggunakan akses kad untuk memasuki dan menaiki tangga. Adakah perkara ini di klasifikasikan sebagai menghalang pemilik ke petak beliau?
Tidak menghalang kerana ianya diperuntukkan dibawah undang-undang. Pemilik masih boleh pulang ke rumah dengan mendaftar di pondok pengawal atau dapatkan bantuan pengawal untuk akses lif atau tangga.
Terdapat 2 unit rumah yang telah tertunggak selama 5 tahun membayar wang penyenggaraan, hal ini berlaku kerana pemilik tidak dapat dikenal pasti. Apakah tindakan yang boleh diambil?
Boleh semak rekod pemilikan dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi berkaitan untuk pengeluaran notis tunggakan kepada pemilik tersebut.
Pemaju mempunyai caj tertunggak bagi petak-petak mereka. Bolehkah pihak JMB mengutip tunggakan tersebut daripada pemilik baru? (Setelah premis dijual).
Pihak JMB boleh mengutip caj yang tertunggak daripada pemilik baru.
Bolehkah pihak pengurusan menyerahkan nama pemilik yang mempunyai tunggakan caj ke CTOS untuk disenarai hitam?
Tidak boleh. Tindakan MC hendaklah mengikut peruntukan Akta 757 dengan mengeluarkan notis peringatan.
Bagaimana kita menuntut tunggakan daripada pemilik lot yang telah diisytiharkan muflis dan tiada “liquidators” mengambil alih premisnya?
Perkara ini diluar bidang kuasa COB. Perkara ini perlu dirujuk ke Jabatan Insolvensi Malaysia.
Adakah JMB/MC menpunyai kuasa untuk memutuskan utiliti (bekalan air atau elektrik) jika pemilik petak tidak bayar caj penyelenggaraan?
JMB/MC tidak diperuntukkan kuasa untuk memutuskan bekalan air atau elektrik.
Bolehkah pihak COB membantu atau facilitate pihak JMB/MC yang mempunyai masalah tunggakan air, elektrik dan cukai tanah dari Syabas, TNB dan PPTG (Pejabat Pengarah Tanah dan Galian)?
Pihak COB boleh membantu pihak JMB/ MC untuk menyelaraskan perbincangan bersama agensi terlibat bagi menyelesaikan permasalahan ini.
Apakah tindakan pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB), jika pihak pengurusan gagal membayar tunggakan bil elektrik? Sedangkan terdapat pihak yang terlibat merupakan unit yang membayar bil-bil penyelenggaraan bulanan? Situasi ini berlaku menyebabkan koridor bergelap dan membahayakan persekitaran.
Pihak MC boleh mendapatkan bantuan daripada COB bagi menyelaraskan penjelasan tunggakan bil elektrik. Namun begitu, kos tunggakan ini hendaklah menjadi tanggungjawab MC.
Apakah tindakan jika pemilik gagal membayar tunggakan wang penyelenggaraan selepas menerima notis tuntutan?
Mengikut Akta 757, sekiranya sabit kesalahan, pemiliknya boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau dipenjara tidak lebih dari 3 tahun, atau kedua-duanya sekali.
We hope you will find this FAQ for outstanding fees helpful for your strata community. For more information, you may browse thru the relevant authorities website.
Kami berharap artikel soalan lazim mengenai tunggakan wang penyenggaraan ini dapat membantu komuniti strata anda. Untuk maklumant lanjut, anda boleh melayari halaman sesawang jabatan yang berkenaan.